Header Ads

PRU 13: BN kepanasan kerana bakal jadi pembangkang di beberapa negeri lagi

WarkahDaily – Laporan The Malaysian Insider 1 Ogos lepas telah menyebut BN bakal berhadapan kekalahan di beberapa negeri yang asalnya adalah kubu kuat mereka dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti.

Antara negeri yang bakal menjadikan BN sebagai pembangkang ialah Perak dan Negeri Sembilan. Ini membolehkan Pakatan Rakyat (PR) kembali merampas Perak dan menambah satu lagi koleksi negeri iaitu Negeri Sembilan.

Laporan itu turut menyebut, BN juga bakal berhadapan tentangan sengit di beberapa negeri lain sehingga kehilangan banyak kerusi iaitu di Johor, BN bakal kehilangan 15 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Johor merupakan kubu kuat Umno, namun dalam PRU-12 yang lepas, PR berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya menang di enam kerusi di negeri berkenaan.

Negeri lain yang bakal BN kehilangan kerusi ialah Perlis. Mungkin beberapa kerusi berpindah milik kepada PR. Dalam PRU-12, satu kerusi dimenangi PAS. Mungkin satu kerusi parlimen di negeri kecil itu akan berpindah milik kepada PR.

Perak dan Negeri Sembilan

Di Perak, BN dijangka hanya boleh memenangi 27 daripada 59 kerusi Dun. Namun ianya laporan berkenaan dinafikan oleh Datuk Seri Zambry Abd Kadir, konon ianya adalah laporan tidak berasas dan tidak tepat.

Namun begitu, Zambry secara diam seolah-olah mengakui laporan itu walaupun menafikan terhadap media. Zambry menyatakan, BN hanya boleh mengekalkan kuasa di Perak apabila calon yang bakal bertanding adalah calon yang betul (boleh diterima ramai).

Kenyataan Zambry itu dibuat mungkin bagi memberi amaran kepada ketua-ketua bahagian yang dilihat malas bergerak untuk menguatkan jentera pilihanraya BN.

Dipetik dari The Malaysia Insider, dilaporkan ada beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak tidak mahu buat kerja untuk kempen BN kecuali selepas mengetahui nama mereka tersenarai dalam senarai calon PRU-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Bagi Negeri Sembilan, dalam PRU-12 yang lepas, BN hanya menang tipis. BN hanya menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi PR.

Laporan itu hasil daripada simulasi pilihanraya yang dilakukan pihak BN sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.