Header Ads

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan

WarkahDaily – Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa Ramadhan 1432 Hijriah setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan tarikh permulaan puasa telah ditetapkan pada 1 Ogos 2011.

Zaman budak-budak, kita akan tanya kepada orang lain, ‘awak puasa ke tak?’ tapi bila dah dewasa kita kena tanya untuk diri sendirilah pulak, ‘bagaimana puasa aku hari ini?’ sebab puasa bukan dinilai engkau puasa atau tidak tetapi puasa akan dihisab, bagaimana perihal puasa engkau.

Kerana Allah menyebut, tujuan kita berpuasa adalah untuk mencapai martabat ‘Taqwa’ kepada Allah.

Kesempatan Allah SWT berikan kepada kita dengan dengan Ramadhan kali ini, perlulah kita manfaatkan sebaik-baiknya agar kita tidak sesal kemudian hari di mana Allah tidak lagi memberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Umat terdahulu diberi umur panjang untuk beramal ibadat, tetapi kita umat nabi Muhammad SAW diberi kelebihan beramal ibadat di suatu malam yang menyamai dengan lebih seribu bulan iaitu malam ‘Lailatul Qadr’.

Kami mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh pembaca WarkahDaily Online dan seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

‘Awalnya Rahmah, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka’
Dikuasakan oleh Blogger.