Header Ads

Skandal seks: Dua kakitangan syarikat penerbangan Cathay Pacific dipecat

"Ketika ini belum lagi dapat disahkan kejadian itu berlaku ketika pesawat sedang dalam penerbangan atau tidak."



Ketua Eksekutif Cathay Pacific, John Slosar berkata, stafnya yang terlibat dalam skandal seks itu kini telah meninggalkan syarikat berkenaan. | foto AFP
Syarikat penerbangan terkemuka Hong Kong, Cathay Pacific Airways, memberitahu telah memecat dua pekerjanya iaitu pilot dan pramugari kerana terlibat dalam skandal seks baru-baru ini.

CEO Cathay Pacific Airways, John Slosar berkata, pilot dan pramugari yang gambar mereka tersebar meluas di akhbar berbahasa China baru-baru ini, sudah tidak lagi menjadi kakitangan syarikat berkenaan.

“Saya mengesahkan akan hal ini,” kata John Slosar.

Hasil penyiasatan, syarikat belum lagi menemui bukti adegan seks dua kakitangannya itu terjadi ketika pesawat sedang dalam penerbangan atau tidak. Saat ini Cathay sedang mengumpul bahan bukti dan akan melaporkan hasil siasatan mereka kepada Hong Kong Civil Aviation Department (CAD).

“Kami akan terus bekerja sama dengan CAD selama diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya menyedari ramai tidak merasa selesa dengan insiden yang telah merosakkan reputasi kakitangan kami,” jelas Slosar yang kesal dengan insiden itu.

Sebelum ini dilaporkan sejumlah gambar telah tersebar yang memperlihatkan seorang wanita yang berpakaian seragam merah pramugari Cathay sedang melakukan aksi tak senonoh (oral seks) bersama seorang pilot di dalam kokpit pesawat syarikat berkenaan.

Laporan dan gambar berkenaan telah tersebar di akhbar berbahasa Mandarin pada 5 Ogos lalu.
Dikuasakan oleh Blogger.