Header Ads

Umno mula jadi kuda tunggangan parti lemah MIC

WarkahDaily – Sekali gertak, terus je Najib umum jawatan menteri penuh buat MIC. Mana kehebatan Umno yang dikatakan oleh blogger dan barua-baruanya selama ini konon Umno adalah ‘bos’ dan berkuasa dalam Barisan Nasional (BN).


Najib bersalaman dengan Palanivel selepas beliau mengumumkan perlantikan Palanivel sebagai menteri penuh di Perhimpunan Agung MIC ke- 65 di PICC di Putrajaya.
Tetapi apa yang menjadi realiti, Najib baru-baru ini telah mengumumkan MIC akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh konon meneruskan amalan pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Menurut Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Secara tiba-tiba Najib mengumumkan perlantikan itu ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC di Putrajaya.

Namun, jika dilihat sebelum ini, MIC cuba mendesak dan mengugut kedudukan mereka dalam BN di samping mahu BN terus memberi perhatian kepada kaum India jika mahu terus mendapat sokongan dalam pilihanraya akan datang. Walaupun nampak semacam nasihat, tetapi seolah-olah membuat ugutan, MIC akan terus menyokong BN jika BN ‘membantu’ MIC.

Bukan itu sahaja, malah ugutan MIC bertambah panas apabila dikatakan mahu keluar dari parti perikatan itu jika kedudukan mereka terus dianak-tirikan oleh Umno dalam BN. Baca di sini.

Jelas sekali, Umno mula menjadi ‘pondan’ apabila parti sekutunya dalam BN mula membuat tuntutan sebagai ugutan. Umno merasakan ugutan itu boleh menggugat BN dalam pilihanraya nanti.

Walaupun sebelum ini, ramai pemimpin Umno dilihat begitu keras dan tegas, tetapi itu hanya bila berhadapan dengan Pakatan Rakyat (PR), dan bukannya dengan komponen BN yang lain.

Kini jelaslah siapa yang menjadi kuda tunggangan kepada siapa. Umno sebelum ini menuduh PAS menjadi kuda tunggangan kepada DAP kerana menuduh PAS selalu tunduk dengan desakan DAP dalam urusan pentadbirannya di negeri PR. Yang terbaru, Umno cuba menuduh PAS tunduk dengan DAP di sebalik isu hiburan di bulan Ramadhan. Padahal ianya fitnah semata-mata. PAS sekadar melaksanakan enakmen yang sudah pun diwartakan oleh Umno selama pemerintahannya sebelum ini. Cuma Umno tidak pernah melaksanakannya.

Tetapi apa yang jelas berlaku, Umno begitu takut dengan ugutan sebuah parti yang lemah dalam BN iaitu MIC. Selama ini, Umno dilihat juga sentiasa tunduk dengan MCA tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Jelaslah, Umno sekadar kuda tunggangan MIC dan MCA dalam BN. Umno berkuasa dalam BN sekadar gimik untuk mengelak digelar sebagai ‘pondan’.
Dikuasakan oleh Blogger.