Header Ads

Umno tak malu: Selepas 51, baru sekarang Umno perkenal ‘BN Menang, Kedah Senang’

Oleh: IZWAN ABDUL HALIM

PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tema ‘BN Menang, Kedah Senang’ yang diperkenalkan Umno-BN Kedah selepas 51 tahun memerintah sebagai memalukan.

“Saya difahamkan BN negeri Kedah memperkenalkan tema ‘BN Menang, Kedah Senang’. Tak malu sudah memerintah 51 tahun, baru nak memperkenalkan ‘BN Menang, Kedah Senang’ maknanya selama ini tak senang, 50 tahun lebih,”bidasnya.

Ujar beliau, semasa Kedah diperintah BN, hanya sedikit hasil balak diperolehi disebabkan berlakunya amalan rasuah.

Tetapi katanya, di bawah pemerintahan PAS, Kerajaan Negeri Kedah telah menurunkan cukai tanah hingga dana negeri kekurangan RM50 juta setahun, tetapi menampungnya dengan memperolehi hasil yang banyak dari cukai balak.

Menurut Ustaz Hadi, kemampuan kerajaan membolehkan cukai ke atas rakyat dikurang atau dihapuskan sepertimana juga penghapusan cukai kediaman yang pernah dilaksanakan PAS semasa mentadbir Terengganu.

Terang beliau, kaedah digunapakai adalah dengan menaikkan cukai dari kalangan mereka yang berada, sedang golongan miskin tidak dibebankan.

“Mereka yang kaya tak marah naikkan cukai kerana mereka bayar rasuah semasa BN lebih banyak lagi. Inilah rahsianya,” ujar Tuan Guru.

Mengulas mengenai isu akta hiburan yang disensasikan awal bulan lalu, beliau membidas Umno sebagai tidak tahu beramal sedangkan akta itu dibuat oleh mereka semasa memerintah Kedah.

“Kita membuat pindaan, hiburan dibenarkan orang bukan Islam, hak dia nak berhibur. Yang diizinkan oleh agamanya untuk minum arak, untuk makan babi, itu hak dia yang tidak boleh dihalang dalam pemerintahan Islam. Ini bukan (peraturan) PAS buat, tapi diajar oleh Nabi s.a.w.

“Dalam masa sama, orang Islam tidak boleh masuk ke tempat ini. Kalau orang Islam masuk, kita boleh ambil tindakan kepada premis ini. Adapun yang Umno buat hari ini, orang Islam boleh masuk juga, inilah yang menyebabkan orang Islam tidak boleh jadi contoh.

“Pusat judi terbesar di Asia Tenggara adalah di Genting Highland di bawah Kementerian Kewangan, Umno yang menguasainya. Tidak ada sekatan untuk orang Islam masuk.

“Demikian itu, perkara yang dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka ia dibenarkan kepada orang bukan Islam. Sedang, orang Islam mesti menunaikan tanggung jawabnya me ninggalkan perkara haram yang termaktub sama sebagai amanah pemerintah. Malangnya, sempadan itu yang tidak diamalkan Umno,” tempelaknya. –Warta Utara

Sumber: TKO
Dikuasakan oleh Blogger.