Header Ads

Undian Piala Malaysia 2011 petang ini

WarkahDaily – Undian kumpulan Piala Malaysia musim 2011 akan diadakan dalam satu majlis di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 5.30 petang ini.


KLIK gambar untuk paparan lebih jelas.
16 pasukan dijadualkan akan diundi petang ini yang akan bertembung bagi merebut piala berprestij itu.

Undian dibuat bagi menentukan pasukan yang akan bertembung dalam aksi empat kumpulan yang dilihat memberi harapan cerah buat pasukan elit empat pasukan pasukan teratas Liga Super 2011 yang akan diundi dalam kumpulan berbeza.

Juara Liga Super 2011, Kelantan diletakkan dalam balang pertama bersama Terengganu, Selangor dan Kedah yang akan diundi dalam kumpulan berbeza.

Undian untuk balang kedua diisi oleh pasukan Negeri Sembilan, Perak, Johor FC dan T-Team.

Balang ketiga akan disertai juara Liga Perdana 2011, PKNS FC bersama-sama Sabah, Felda United dan Kuala Lumpur. Bagi balang keempat, ianya diisi dengan pasukan Sarawak, PDRM, Johor dan Sime Darby.

Aksi persaingan Piala Malaysia musim 2011dijadualkan akan bermula pada 6 September ini dan aksi final dijangka akan berlangsung pada 29 Oktober.
Dikuasakan oleh Blogger.