Header Ads

[Video] Penggemar sukan extrem berjalan atas tali dawai setinggi 2600 kaki di puncak tertinggi di Austria dalam kabus sejuk

Penggemar sukan extrem mengambil risiko nyawa namun kerana mengejar ketakjuban tempat 'tinggi', mereka sanggup mati.

Keseronokan yang paling gila dilakukan penggemar sukan extream dari Australia Michael Kemeter, dan ia dikatakan begitu sukar untuk mendapatkan mana-mana tempat lebih tinggi untuk tujuan itu.

Gambar yang menakjubkan ini menunjukkan bagaimana Kemeter telah memecahkan rekod berjalan di atas tali dawai yang dipasang antara dua puncak tertinggi di Austria.


Tali dawai telah digantung sehingga 2600 kaki dari tanah di puncak Pallavicini bersebelahan gunung Grossglockner, puncak tertinggi di Austria dan kedua hanya Mont Blanc di Alps.

Lelaki berusia 23 tahun itu berjalan di atas tali yang panjangnya sekitar 150 kaki dan lebar kurang dari 1 inci.

Walaupun beliau mempunyai tali keselamatan yang diikat pada badan bagi mengelakkan terjatuh namun ia merupakan langkah bahaya yang boleh bertukar menjadi tragedi sekelip mata.


Walaupun tali dawai diikat kuat pada antara kedua-dua puncak gunung, namun risiko salji lebur dan batu pecah boleh jatuh dari kawasan itu

Kemeter merupakan seorang pakar dalam aksi yang dilakukan itu mengambil risiko dengan pelbagai kemahiran aksi imbangan yang menakjubkan.

Kemeter melakukan aksi ngeri itu tanpa memakai kasut dan dalam keadaan yang berangin. Beliau juga tidak memakai baju bagi mengurangkan rintangan angin dan untuk menurunkan berat badan.

Penggemar sukan extrem itu sudah melakukan aksi imbangan berjalan atas tali itu di seluruh dunia dan dia berkata ini adalah terhebat apabila berjaya menakluki puncak tertinggi di Austria.

“(Aksi) Ketinggian ini adalah yang terbaik di dunia, mungkin orang lain akan datang ke sini selepas ini tetapi hanya seorang yang pertama(boleh lakukan) iaitu saya,” kata Kemeter.

Seminggu lalu Kemeter berjaya memecahkan rekod dunia ‘Lining Slack’ dengan menyeberangi sebuah talian kendur yang terpanjang di dunia iaitu 525 kaki di Styria, Austria.

Lihat aksi menakjubkan dalam video di bawah


Dikuasakan oleh Blogger.