Header Ads

Wakil rakyat parlimen Pekan tak peduli masalah rakyat kawasan sendiri

WarkahDaily – Kisah aduan pembeli rumah Sepekan Makmur di bawah pemaju Sepekan Sdn Bhd di Pekan, Pahang kelmarin di aduanrakyat.com.my telah menjelaskan cerita sebenar akan keprihatinan wakil rakyat. Mereka tidak diendahkan wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya sebelum ini berkaitan masalah belum menerima sijil layak menduduki (CF) rumah yang dibelinya walaupun ianya telah diajukan kepada YB berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan pembeli tidak dapat menduduki rumah yang mereka sudah beli walaupun mengikut perjanjian rumah siap pada tahun 2006.

Masalah itu menyebabkan para pembeli terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 di samping terpaksa menanggung beban kos rumah sewa yang diduduki sementara tempoh menunggu masalah CF rumah yang mereka beli selesai.

Menurut pengadu, walaupun masalah ini telah diajukan kepada wakil rakyat di kawasan itu, namun sehingga kini ia menemui jalan buntu. Perbincangan dengan pemaju turut dilakukan tetapi janji hanya tinggal janji sejak 2006 hinggalah sekarang 2011.

Surat aduan juga turut diajukan kepada P.A kepada ahli parlimen pekan tetapi masih tiada tindakan untuk membantu menyelesaikan masalah itu, jelas pengadu lagi.

“Mengikut perjanjian, rumah siap pada tahun 2006, aduan telah dimaklumkan kepada YB di kawasan ini tetapi sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kami menemui jalan buntu.

“Perbincangan dengan pemaju janji hanya tinggal janji sejak 2006 hingga lah sekarang 2011,” jelas seorang pengadu.

Menurut pengadu, ada pembeli yang sudah pun menduduki rumah mereka walaupun tanpa CF. Namun mereka ini berhadapan masalah air diambil terus dari paip utama yang tidak bermeter dengan tekanan yang amat rendah kerana tangki utama masih belum siap lagi.

Pengadu turut mendakwa, spesifikasi rumah yang dibina pemaju tidak megikut seperti spesifikasi asal rumah berkenaan.

“Dinding sepatutnya batu bata berlepa tetapi pemaju telah menukar kepada dinding konkrit pasang siap,” beritahu pengadu dalam portal aduan itu.

Padahal rumah yang dibeli itu sekadar rumah kos sederhana dan kos rendah dan kebanyakan pembeli terdiri daripada yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kerana pengabaian dari pihak yang tidak bertanggungjawab, tiada cakna dari wakil rakyat sendiri, mereka terpaksa berhadapan masalah kewangan yang buruk dan boleh menjejaskan kehidupan mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.