Header Ads

497,691 calon UPSR bakal duduki peperiksaan Selasa ini

Peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 akan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini, seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.

Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.