Header Ads

Ada pihak cuba cetus publisiti di atas kejayaan ‘Hantu Bonceng’ – Ahmad Idham

Di saat filem Hantu Bonceng melakar kejayaan menerusi kutipan RM5 juta dalam tempoh lima hari, timbul kontroversi yang pastinya menggugat senyuman penerbit dan pengarahnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri (gambar). Baca di sini.

Ada pihak mendakwa filem tersebut mempersendakan agama Islam menerusi dialog dan juga perbuatan pelakonnya.

Antara babak dipersoalkan, pemakaian baju-T tertera perkataan ‘Death Note’ disertakan dengan lambang salib ketika di masjid, mempersendakan azan, kalimah ALLAH dan kepercayaan karut seperti berbogel apabila jumpa hantu diguna pakai dalam filem ini. Baca di sini.

Idham dihubungi Sinar Harian, bagaimanapun menyifatkan isu ini hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba mencari publisiti di atas kejayaan filemnya.

Menurutnya, individu yang cuba mencari jalan untuk meraih publisiti sebegini selalunya hanya tahu mengkritik dan berkata-kata sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

“Filem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak bertanggungjawab termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Saya tidak sangka, isu ini boleh timbul dan saya percaya, usaha ini dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan kejayaan Hantu Bonceng” katanya.

Menurut Idham, dia tidak pernah menolak menerima pandangan orang lain sekiranya perkara itu benar.

Jelasnya, Hantu Bonceng, digarap dengan elemen komedi santai, serta mempunyai kisah dan mesej tersendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.