Header Ads

Ali Rustam pengecut biarkan kegiatan perjudian berleluasa di Melaka

WarkahDaily – Nak ambil tindakan, jauh sekali sebabnya pengecut dan bacul nak banteras kegiatan judi yang sudah menjadi lumrah di sebuah negeri yang diperintah oleh Ali Rustam, tapi kenapa ianya dibiarkan berleluasa sehinggakan antara pusat judi haram terbesar yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Baru, iaitu Dun yang diwakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri dibiarkan beroperasi dengan ‘selamat’.


ALI PERIKSA PREMIS JUDI HARAM...Hanya berani bertindak terhadap 'bilis' tapi 'jerung' depan mata dibiarkan berleluasa melakukan kegiatan judi haram.
Kenapa boleh jadi macam tu? Yang haram seolah-olah menjadi halal pulak kerana dibiarkan berleluasa di depan mata. Apa tidaknya jika kegiatan judi haram dah semakin membarah di Melaka di bawah pemerintahan Umno-BN yang sangat berbangga dengan pembangunan material.

Pencandu judi bukannya orang lain, bahkan anak-anak muda dari rumpun sendiri (Melayu) yang dinaungi Ali Rustam sendiri yang banyak melibatkan diri dengan pembangunan belia negara, bahkan di peringkat dunia Ali merupakan Pengerusi World Youth Foundation (WYF).

Konon beliau bertanggungjawab untuk pembangunan belia termasuk di Malaysia. Tapi nak menguruskan negeri pemerintahan sendiri pun jadi caca-marba.

Belia-belia di negeri Melaka begitu bebas untuk kegiatan judi di pusat perjudian haram yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Dipetik dari Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ianya berakar umbi dan sukar dibanteras.

Katanya, semua itu membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini.

Adly berkata dalam sidang Dun yang lalu, wakil DAP sudah membangkitkan isu itu sehingga keluar dari mulut wakil kerajaan Melaka bahawa ‘judi adalah budaya Cina’.

“Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar,” tambah Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Dua hari lepas kerajaan Melaka, kononnya melancarkan perang habis-habisan terhadap premis dan aktiviti judi haram.

“Macam kata pepatah Melayu, ‘sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai’, judi haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.

“Judi haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kampung Gangsa sahaja ada dua pusat judi haram,” tegas Adly.

Menurut Adly, persoalannya sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membanteras jerung judi haram yang sudah bertapak di Melaka lebih 20 tahun lalu.

“Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai ‘Batam Malaysia’,” kata Adly.


Seharusnya Ketua Menteri, Ali Rustam perlu bertindak bukan sahaja terhadap pusat-pusat judi haram yang hanya dimiliki individu kecil (bilis) bahkan lebih menyeluruh terhadap individu yang lebih berpengaruh (jerung) yang bertapak semenjak berpuluh tahun dahulu yang berselindung di sebalik nama ‘Kelab Eksklusif’.

Atau, memang layak Ali Rustam dianugerah dengan gelaran KM paling pengecut!
Dikuasakan oleh Blogger.