Header Ads

Apek kental halang 'Samurai Biru' kenduri gol

KECEKAPAN penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mengawal gawang Malaysia pada pertemuan menentang Jepun semalam, berjaya menghalang skuad Samurai Biru itu menamatkan perlawanan dengan jumlah gol yang lebih besar.


CEMERLANG...Pujian harus diberikan kepada Khairul Fahmi yang begitu tangkas menyekat gawang negara dibolosi teruk Jepun kelmarin.
Sepanjang 90 minit permainan, Khairul Fahmi diuji menerusi pelbagai sudut namun penjaga gol utama Kelantan itu berjaya menepis percubaan anak buah Sekizuka Takashi dengan cemerlang.

Benteng pertahanan yang dikemudi gandingan Muslim Ahmad dan Fadhli Shas juga berjaya menyerap asakan bertali arus Jepun walaupun pada satu ketika pertahanan dilihat kucar-kacir dan tidak dapat menyaingi kepantasan tempo permainan skuad Matahari Terbit itu.

Pada minit kelapan akhirnya Khairul Fahmi tewas menerusi tolakan mudah Keigo Higashi selepas gerakan yang dimulakan dari kawasan tengah padang berjaya mengelirukan pertahanan negara sehingga membolehkan Higashi yang tidak dikawal menerima bola dan meletakkan Jepun di hadapan.

Selepas gol pertama itu, pasukan tuan rumah melancarkan serangan bertubi-tubi namun dihampakan dengan kecemerlangan Khairul Fahmi yang menidakkan peluang Samurai Biru menambah Jaringan.

Namun, kekebalan Khairul Fahmi tidak bertahan lama apabila Jepun menambah gol kedua 15 minit sebelum permainan ditamatkan menerusi jaringan Ryohei Yamazaki.

Artikel berkaitan:
Dikuasakan oleh Blogger.