Header Ads

Awas! Heidi Klum selebriti paling berbahaya di alam siber

Sebagai model dan pengacara terkenal, Heidi Klum memang dikenali kerana memiliki kecantikan semula jadi.


McAfee melaporkan Heidi Klum berada di kedudukan teratas selebriti berbahaya terhadap pengguna internet. | foto McAfee
Tapi, awas! Jangan terpedaya dengan kecantikannya itu kerana Heidi juga adalah selebriti paling berbahaya di internet.

Sebuah syarikat pembuat anti virus, Mc Afee Inc mendedahkan bahawa sebarang informasi atau kata kunci Heidi Klum di internet berisiko membawa pengguna ke laman web yang meninggalkan virus atau malware di komputer pengguna.

Dari sepuluh alamat laman web yang dibuka mengenai Heidi, salah satunya pasti mengandungi virus dan malware.

Jika selebriti wanita paling berbahaya milik Heidi, gelaran sama untuk selebriti lelaki pula jatuh kepada Piers Morgan.

Tahun lalu, pelakon wanita jelita, Cameron Diaz mengungguli carta, namun tahun ini namanya jatuh ke kedudukan kedua.
Dikuasakan oleh Blogger.