Header Ads

Cincin RM24.45 juta: Kenapa Chegu Bard tidak didakwa – Syed Ali Alhabshee

WarkahDaily - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam blognya telah mempersoal kenapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) kerana didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor berhubung isu pembelian cincin RM24.45 juta.

Bagi Syed Ali, kenapa Chegu Bard tidak didakwa padahal akhbar Indonesia, Kompas telah memohon maaf di atas penyiaran berita kontoroversi itu terhadap Najib dan keluarganya.

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, Syed Ali telah mendakwa Chegu Bard adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita pembelian cincin RM24.45 juta oleh isteri Najib itu.

Chegu Bard selaku Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dipercayai telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Julai lalu yang mengaitkan nama Rosmah dalam isu pembelian cincin RM24.45 juta itu.

Desak Syed Ali lagi, sepatutnya pihak berkuasa khususnya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) perlu melakukan siasatan terhadap Chegu Bard dalam hal itu.

“Rakyat bertanya kenapa individu yang tabur fitnah tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Ini memberi persepsi seolah-olah pihak berkuasa takut untuk bertindak keatas mereka yang ada kaitan dengan parti pembangkang,” tegasnya.

Bukan pihak berkuasa takut ambil tindakan tapi Najib dan Rosmah yang taka rah ambil tindakan. Kenapa ye?

Hehehe…itu pun Syed Ali tak boleh kasi faham lagi ka? Cakap biarlah jelas. Sebenarnya Syed Ali takut apa yang didedahkan Chegu Bard itu betul-betul berlaku. Beliau takut timbul persepsi di kalangan rakyat, Najib dan Rosmah takut untuk bertindak terhadap Chegu Bard kerana takut tembelang mereka berdua pecah. Dengan kata lain, bimbang ‘makan diri’. Akhirnya Najib dan Rosmah terpaksa berdiam diri dan mengharapkan akhbar Kompas meminta maaf.

Sebenarnya akhbar Kompas hanya meminta maaf kerana memalukan Najib dan Rosmah atas berita itu bukannya akhbar berkenaan menarik balik berita kontroversi itu. Itu pun Syed Ali tak faham ke?

Kalau betul Rosmah tak terlibat dalam pembelian cincin termahal itu, sudah tentu dah lama Chegu Bard didakwa dan ditangkap (disumbat ke penjara). Anwar yang tak bersalah pun pemimpin Umno boleh arahkan pihak berkuasa untuk sumbat ke penjara atas tuduhan liwat, inikan pula Chegu Bard.

Tak kan Najib dan Rosmah tidak mahu membersihkan nama mereka dari kontroversi berkenaan. Tak payah Syed Ali suruh, dah tentu Najib dan Rosmah tahu apa nak buat. Tapi mereka berdua bimbang tindakan mereka akan ‘makan diri’ dan makin banyak isu akan terbongkar pada khalayak umum.

Oi Syed Ali!, bukan susah pun Najib nak arahkan polis ambil tindakan terhadap Chegu Bard tapi kenapa Najib tak berbuat demikian? Itu mahu kena jawab ke? Fikirlah sendiri bro!
Dikuasakan oleh Blogger.