Header Ads

Debat isu komunis: Khairy ada ‘telur’ ke tak?

WarkahDaily – Duk hentam orang sebagai pengecut dan bacul bagai nak rak, tapi kini Muslimat PAS cuba mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat berkaitan sejarah pejuang kemerdekaan.

Konon dia la yang hebat, berani cabar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk berdebat pasal isu komunis sebagai pejuang sebenar kemerdekaan.

Senang-senang nak cabar orang, tak ukur dulu ‘saiz’ diri, kenal la dulu siapa hang tu Khairy. Jangan berlagak nak main redah je nak berdebat dengan sape-sape yang hang suka. PAS dah sediakan Pemuda untuk berdebat dengan hang, sesuai la hang juga ketua pemuda Umno. Baru la setaraf.

Apa taraf hang nak ajak Mat Sabu, padahal Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin baru la layak berdebat dengan Mat Sabu.

Tapi kini Khairy bakal dimalukan Muslimat PAS Pusat apabila ketua penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, muslimat PAS bersedia berada sepentas dengan Khairy berdebat isu pejuang kemerdekaan sebenar, bahkan akan menghantar surat jemputan dalam masa terdekat.

Apa Khairy nak cakap nanti, nak tolak takut orang cakap dia bacul, nak berdebat, jangan malu kaum pulak dah ler. Muslimat lawan Pemuda tu.

Padahal Mat Sabu menolak berdebat dengan Khairy kerana tidak sesuai kedudukan masing-masing. Jadi sepatutnya pemuda dengan pemuda, barulah ngam.

Dipetik dari Harakahdaily, Mohamad Sabu berkata, beliau hanya bersedia berdebat dengan lawan seangkatan iaitu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang menyerang beliau termasuk menggesanya "bertaubat dan bertakwa" ekoran ceramahnya berhubung isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat berharap Khairy sedia menyahut cabaran debat mereka jika beliau tidak mahu dilihat betul-betul penakut dan bacul seperti yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS.
Dikuasakan oleh Blogger.