Header Ads

Debat Khairi-Mat Sabu: Lahai, Khairy melatah rupanya

WarkahDaily – Tak pasal-pasal Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berlagak bagaikan ‘pendekar’, duk jaja dialah hero, berani dan hebat manakala Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu adalah pengecut dan penakut kerana tak mahu berdebat dengannya berkaitan isu ‘Mat Indera’ adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Padahal Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak pula beriya nak berdebat, malahan tidak pernah beliau mengajak Khairy untuk berdebat, cuma beliau mahu berdebat dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin. Barulah sesuai dan setaraf.

Tapi Khairy (gambar) tak pasal-pasal berkokok kat surat khabar sehingga barua-barua Umno yang jadi pak turut pemimpin atasan turut menyangka Khairy sangat berani.

Kemudian kedengaran pula, kerajaan Kelantan yang cuba mempertemukan Mat Sabu dan Khairy untuk berdebat. Ntah dari mana keluar berita ini. Maka duk cananglah merata-rata tempat oleh barua Umno termasuk blogger jalanan mereka, konon kerajaan Kelantan cuba mempertemukan kedua-dua tokoh itu.

Namun, apa yang sebaliknya berlaku, bukan Mat Sabu yang ajak Khairy berdebat dan bukan kerajaan Kelantan yang cuba merancangkan mengadakan perdebatan antara Mat Sabu dan Khairy itu seperti yang dilaporkan Harakahdaily.

“Kita (kerajaan negeri) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi jemputan kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan debat,” kata exco kerajaan negeri Dr Mohmed Fadli Hassan seperti yang dipetik dari Harakahdaily.

Sebaliknya sangkaan itu bermula apabila satu email yang dihantar oleh timbalan kepada Dr Mohamed Fadli iaitu Baihaqi Atiqullah kepada Khairy secara peribadi bertanyakan pendapat Khairy sekiranya diadakan perdebatan Khairy-Mat Sabu.

“Ustaz Baihaqi dan Khairy telah pun mempunyai hubungan pribadi sebelum dari ini dan pertanyaan itu adalah bersifat peribadi,” kata Dr Mohamed Fadli.

Dipetik dari Malaysiakini, Dr Mohmed Fadli yang juga ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, PAS negeri sanggup mengajurkan debat tetapi bukan antara Mohamad dan Khairy, sebaliknya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita tidak mahu Khairy mengunakan timbalan Presiden PAS sebagai batu loncatan untuk meraih populariti dalam Umno.

Katanya, salah faham itu timbul kerana Khairy menjawab email pertanyaan dari Baihaqi melalui Twitter dengan mengatakan Kelantan menjemput beliau untuk berdebat.

Hahaha, rupa-rupanya Khairy melatah dan tak faham apa maksud mempelawa dan apa maksud minta pendapat. Kerana Khairy susah nak faham, habis barua-barua Umno termasuk akhbar arus perdana, blogger upahan telah diperbodohkan.

Mungkin Khairy merasakan, inilah masanya untuk kembali menyinarkan diri yang semakin malap tu tanpa disedari, rupa-rupanya beliau tersilap langkah dengan kebodohan sendiri yang susah nak mengerti maksud ‘ajakan’ dengan ‘minta pendapat’.
Dikuasakan oleh Blogger.