Header Ads

F1 GP Singapura: Vettel perlu satu mata untuk bergelar juara berganda dunia termuda

WarkahDaily - Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel terpaksa menunggu GP Jepun yang akan diadakan pada 9hb Oktober depan untuk merangkul kejuaraan berganda pemandu paling muda dalam sejarah Formula Satu (F1).

Walaupun beliau muncul juara pada perlumbaan 61 pusingan GP Singapura pada Ahad lepas, Vettel yang melintas garisan penamat hanya perlu satu lagi mata bagi menobatnya juara dunia musim 2011.

Pelumba berusia 24 tahun dari Jerman itu mendahului saingan seawal perlumbaan hingga penamat untuk berada di hadapan cabaran Jenson Button dari McLaren dengan jarak 124 mata mengatasi pelumba Britain ketika perlumbaan hanya menawarkan 125 mata saja lagi.

Vettel mendahului lawan dengan selesa sebelum Button mengekori rapat untuk mengejar kedudukan yang hanya dipisahkan 1.7saat sekali gus menamatkan perlumbaan di hadapan rakan pasukan Vettel dari Red Bull, Mark Webber yang ketinggalan 27.5s.

Button (McLaren) berada ditempat ke-2 dan Webber (Red Bull) melengkapkan podium GP Singapura di tempat ke-3. Bagi pelumba Ferrari, Alonso terpaksa berpuas hati di tempat ke-4, Hamilton (McLaren) ke-5.

Vettel kini memungut 309 dan hanya memerlukan 1 mata sahaja pada perlumbaan GP Jepun untuk ditabalkan sebagai Juara Dunia 2011. Jenson Button kini ditempat kedua senarai pungutan mata kategori pelumba dengan memungut 185 mata dan Alonso ke-3 dengan 184 mata.

Button dan Alonso perlu memenangi kesemua baki perlumbaan musim ini andai mereka mahu menghalang Vettel tetapi ianya satu tugas yang mustahil memandang Vettel Kini hanya memerlukan 1 mata sahaja dari baki 5 perlumbaan.

Sementara itu, menurut agensi Reuters, aksi di GP Singapura menyaksikan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal apabila terbabit dengan kemalangan teruk ketika di pusingan ke-30 apabila melanggar jentera Sauber yang dipandu Sergio Perez ketika di selekoh ketujuh dan lapan di litar jalan raya itu sebelum melanggar halangan.


Klik gambar untuk lebih paparan lebih jelas



Dikuasakan oleh Blogger.