Header Ads

Gaddafi akur, cari perlindungan negara jiran

Menurut sumber tentera Perancis dan Niger, Gaddafi mungkin memohon untuk mencari perlindungan di negara jiran itu selepas pemerintahannya berjaya ditamatkan pemberontak Libya.

Konvoi disertai antara 200 dan 250 kenderaan tentera diiringi tentera Niger dipercayai sedang menuju ke sebuah negara Afrika kecil, Burkina Faso yang menawarkan perlindungan kepada Gaddafi dan ahli keluarganya.

Namun lokasi sebenar pemimpin veteran berumur 69 tahun itu belum dapat dipastikan dan tidak dapat disahkan sama ada beliau turut menyertai konvoi itu.

Sebelum ini, Gaddafi kerap menegaskan akan terus berjuang dan mati di Libya.

Perancis dipercayai memainkan peranan dalam rundingan itu kerana pemerhati menganggap mustahil konvoi besar itu dapat bergerak keluar dari Libya tanpa dikesan atau tanpa kebenaran Perancis yang mengetuai serangan ketenteraan di Libya.
Dikuasakan oleh Blogger.