Header Ads

Gambar dalam Facebook pun boleh disihir?

WarkahDaily – Bukan sekarang namun dah turun temurun, sihir dijadikan ‘senjata’ untuk melenyapkan ‘musuh’ peribadi yang mungkin melalui dendam, dengki dan sebagainya.

Dalam masyarakat Melayu, ia sudah menjadi satu perbuatan yang dianggap biasa dan tidak menjadi kesalahan bagi yang terlibat dengan sihir padahal ia adalah sebahagian perbuatan syirik kepada Allah SWT.


IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin. | foto Kosmo!
Kerana dendam dan dengki, manusia akan hilang pertimbangan sehingga lupa akan Allah SWT. Semuanya kerana kefahaman tentang agama begitu cetek ditambah lagi dengan berleluasanya ‘tukang sihir’ yang mengambil upah untuk menyihir tanpa dapat dibendung oleh pihak berkuasa.

Laporan portal berita Kosmo! hari ini telah melaporkan satu sihir telah berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira.

Walaupun sihir menjadi perkara yang tidak lagi pelik, tapi apa yang berlaku pada Ira, beliau disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB) sebagai bahan pemujaan sihir.

Dipetik dari kosmo.com.my, Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

“Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

“Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

“Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

p/s: hati-hati ler lepas ni, kot-kot ade sesape yang menyimpan dendam kat kita ke atau sebagainya, cepat-cepat mintak maap. Gambar kat FB tu, pandai-pandai ler, hehehe...
Dikuasakan oleh Blogger.