Header Ads

Guru wanita dan suami sebagai kakitangan kerajaan penagih dadah tegar

DUNGUN: Siapa sangka seorang cikgu wanita yang selama ini dilihat seperti tidak ada cacat cela, diberi amanah untuk mendidik anak bangsa, rupa-rupanya penagih dadah tegar.

Dia sendiri bukan anak remaja, malah sudah punya tiga cahaya mata.

Namun, di sebalik semua ciri-ciri yang ‘tidak disangka’ itulah, dia bijak menyembunyikan rahsia diri yang sebenar, penagih dadah yang tegar.

Segalanya terdedah dalam satu ujian saringan yang menyaksikan cikgu berusia 30-an itu ‘terkantoi’ apabila air kencingnya positif dadah jenis methapethamine.

Hasil ujian itu sememangnya mengejutkan semua warga sekolah tempat dia mengajar di sini kerana melihat penampilannya, tiada siapa pun yang sangka dia seorang penagih dadah, apa lagi penagih yang tegar.

Keputusan ujian itu bukan sahaja menyebabkan si cikgu terpaksa bermalam di lokap, malah turut membongkar satu lagi rahsia rumahtangganya iaitu suaminya, seorang kakitangan kerajaan juga disyaki penagih dadah.

Guru itu kini ditahan dan akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan berkenaan. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.