Header Ads

‘Hantu Bonceng’ persenda Islam atau bongkar realiti kehidupan masyarakat kita?

WarkahDaily – Tak tahu la betoi ke tidak apa yang diperkatakan oleh penggemar atau penonton filem yang sudah menonton filem ‘Hantu Bonceng’ yang kini sedang top ditayang di pawagam seluruh negara.

Khabarnya kutipan tiket filem ini dah mencapai RM5 juta untuk lima hari tayangan. Baca sini.

Namun di sebalik kutipan yang boleh dikatakan top itu, terpalit juga kontroversi yang tidak gemar didengar oleh masyarakat kita lebih-lebih lagi yang beragama Islam.

Apa tidaknya, penonton filem berkenaan telah memperkatakan filem berkenaan telah mempersendakan agama Islam.

Berikut komen yang diberikan oleh penonton filem berkenaan:

“citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..”

Penulis WarkahDaily (WD) bimbang, penghinaan itu akan memberi impak terhadap Akidah kita sebagai seorang Muslim. Ye la, pengarah dan pelakon filem berkenaan merupakan Muslim, jadi kenalah hati-hati dalam hal ini. Jangan main belasah je.

Khabarnya juga, ada penonton lain memberi komen, ada scene filem berkenaan ketika ‘time’ pelakon mengucap Dua Kalimah Syahadah tidak seperti sepatutnya (baca tak habis) kemudian disambung dengan nama syaitan. Subhanallah!, apa dah jadi ni.

Betulkah apa yang disangkakan penonton?

Tapi penulis WD tak boleh komen apa-apa sebab belum lagi menonton filem berkenaan & tambah-tambah tak berapa minat nak menonton filem.

Namun, jika kita meneroboh lebih jauh dan tersirat, semacam ada benda yang mahu disampaikan pengarah filem berkenaan, Ahmad Idham. Mungkin Ahmad Idham mahu memberitahu akan realiti kehidupan masyarakat kita kini yang sudah jauh terpesong dari landasan Islam yang sebenar. Persenda Islam, suka merendah-rendahkan hukum Allah, mudah percaya benda-benda tahyul, kehidupan bersosial tanpa pegangan agama dan sebagainya.

Penulis WD ada terbaca dalam satu blog berkaitan isu kontroversi ini. Blog berkenaan dipetik, mungkin apa yang diketengahkan Ahmad Idham iaitu cuba menyampaikan sesuatu yang realiti dalam kehidupan rakyat malaysia.

Bagaimana rakyat malaysia sekarang begitu tidak peduli lagi dengan agama dan mudah mempersendakan agama. Adab ke surau dan masjid tidak lagi dipeduli. Bagaimana ironinya kehidupan seorang Muslim yang sering memperlekehkan agama, sudah tentu Ahmad Idham cuba sampaikan dalam bentuk filem dengan membawa seorang watak bernama Amran yang suka merempit dan berfoya-foya, lumba haram dan jahil tentang agama.

Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil oleh penonton dari filem ini dengan bermuhasabah, apakah kita ini sudah melakukan yang terbaik dalam kehidupan di dunia ini dengan berpegang teguh pada ajaran agama ataupun kita sekadar seorang islam hanya pada kad pengenalan semata-mata.

Ujar dalam blog berkenaan, jika kita seorang Islam yang sejati, pernahkah kita melakukan perkara yang digambarkan dalam filem berkenaan?

Bukan susah nak cari contoh, bagaimana pemimpin kita sendiri mempersendakan bab agama Islam. Ada yang membaca Al-Quran di khayalak tanpa menutup aurat, suara wanita lantang dari suara lelaki, berpakaian seperti yahudi dan sebagainya.

Jadi, nilai sendiri dengan bertanya iman bukan tanya selera sendiri yang lebih mesra dengan nafsu.

Dikuasakan oleh Blogger.