Header Ads

Hilang RM30,000: Pengunjung mahu pihak pengurusan 'Lost World Of Tambun' bertanggungjawab

Pihak pengurusan pusat rekreasi Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak perlu bertanggungjawab di atas kehilangan barangan bernilai hampir RM30,000 yang disimpan di dalam laci pusat tersebut oleh seorang pengunjung, Siti Nordarma Ab. Rahman, 29, ketika bercuti di sana baru-baru ini.


SITI NORDARMA menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan barangannya di LWOT di Kepala Batas semalam. | foto Kosmo!
Siti Nordarma yang berkunjung ke sana bersama keluarganya buat pertama kali pada 16 September lalu sempena cuti Hari Malaysia berkata, dia memberi tempoh satu bulan kepada pihak LWOT untuk menyelesaikan masalah kehilangan barangan tersebut.

“Apa yang saya kesalkan ialah pihak LWOT seolah-olah ambil mudah ketika saya membuat aduan,” katanya.

Menurut Siti Nordarma, dia dan suaminya, Mohd. Kamarul Bahrin Baharudin, 26, bersama dua anaknya tiba di LWOT kira-kira pukul 1.30 petang dan terus menyewa sebuah laci pada kadar RM10 untuk menyimpan barangan setelah membeli tiket masuk.

“Sebelum meninggalkan laci tersebut untuk pergi mandi-manda di kolam, saya telah memeriksa beberapa kali bagi memastikan ia benar-benar berkunci.

“Setelah selesai mandi-manda, saya pergi semula ke laci tersebut tetapi terkejut apabila mendapati kesemua barangan yang disimpan di dalamnya telah hilang,” ceritanya. -Kosmo!
Dikuasakan oleh Blogger.