Header Ads

Hudud: Ternyata Umno semakin bengong dan dungu

WarkahDaily – Rakyat bukan mudah lupa seperti barua Umno. Masih segar di telinga, bagaimana pemimpin dan barua upahan Umno begitu taksub dan sombong menuduh PAS terlalu ikut telunjuk DAP kerana sanggup tidak memperjuangkan hukum Hudud dan tidak lagi menuntut mahu menubuhkan Negara Islam.

Semuanya kerana PAS cuba memperjelaskan kepada rakyat dengan lebih dekat lagi apa dia negara Islam dengan memperincikan dengan istilah Negara Berkebajikan. Namun, dengan kejahilan murakkab barua Umno yang hanya tahu menyalak tanpa ilmu, menuduh PAS meninggalkan slogan negara Islam dengan menukar dengan slogan baru Negara Berkebajikan. Padahal Negara Berkebajikan merupakan ciri-ciri penting dalam Negara Islam.

Namun hari ini, bila PAS melalui Mursyidul Amnya, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) cuba meneruskan cita-cita dan pendirian kerajaan Kelantan berkaitan hukum Hudud seperti yang pernah digubal kerajaannya sebelum ini dan yang pernah dihalang oleh kerajaan BN pusat, tiada pula pemimpin dan barua Umno memberi komen sebaliknya.

Sebelum ini kata PAS tinggal perjuangan negara Islam kerana takut DAP tapi bila PAS kembali bertegas dalam hal itu, barua Umno tidak pula berani bersuara bahkan, cuba menunjukkan mereka juga mahukan Hudud walaupun cuba berlakon dengan rakan sekutunya dalam BN iaitu MCA dan Gerakan yang kini telah membuat tekanan akan keluar dari komponen itu jika Umno berjinak-jinak dengan Hudud.

Sekarang siapa takut dengan bukan Islam?

Apa yang ajaibnya, bagaimana barua upahan Umno begitu beriya menolak Hudud sebelum ini, kini sebaliknya dengan mengiktiraf ianya dari Allah SWT namun pemimpin mereka masih lagi menolak pelaksanaannya kerana tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan.

Sehinggakan ada pemimpin Umno yang cuba menuduh PAS Kelantan begitu gopoh untuk melaksanakan Hudud di negeri itu. Padahal sebelum ini mereka ini menuduh PAS sudah tinggal Hudud dan Negara Islam kerana takut dengan DAP. Tapi bila PAS kembali dengan pendiriannya, tidak pula barua Umno bising berkaitan isu itu.

Takdak pulak depa barua Umno ni kata PAS berani dengan DAP dan tetap pendirian terhadap hukum Allah tanpa kompromi dengan mana-mana penentang hukum Allah.

Padahal, yang anti dengan hukum Allah ialah Umno dan pemimpinnya yang mengaku Islam tapi begitu bersungguh-sungguh memperdaya orang bukan Islam agar membenci dengan hukum Allah dengan pelbagai usaha dan dakyah buruk terhadap hukum berkenaan.

Sebenarnya mereka hanya mahu melaga-lagakan PAS dan DAP agar mereka ini tidak duduk semeja dalam Pakatan Rakyat (PR). Maka senanglah Umno-BN kembali menyusun gerak memperkemaskan jentera Umno-BN yang semakin londeh.

Jadi sekarang, terbuktilah tuduhan Umno konon PAS adalah kuda tunggangan DAP adalah fitnah semata-mata. Ternyata PAS begitu komitmen dengan dasar perjuangannya dari dulu hingga sekarang.

Syabas PAS kerana komitmen dengan perjuangan Islam!
Dikuasakan oleh Blogger.