Header Ads

JAIS bertindak songsang sekat perkembangan Islam di Selangor?

WarkahDaily – Kenapa pelik sangat dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ni. Hari tu serbu gereja dengan alasan menghalang gerakan memurtadkan orang Islam di Selangor. Boleh la juga terima walaupun tiada bukti sahih ada usaha memurtadkan orang Islam sebab JAIS konon nak jaga kesucian agama Islam daripada diceroboh bukan Islam.

Tapi kenapa orang Islam yang mahu memberi kefahaman tentang Islam di surau dan masjid juga dihalang sama? Tak pelik ke bunyinya, apabila sebuah badan agama Islam cuba menghalang usaha ke arah perkembangan agama Islam.

Jika diamati semenjak dulu lagi, usaha menghalang perkembangan dan pemahaman masyarakat terhadap agama Islam ini hanya dipelopori pemimpin Umno dan baruanya sahaja. Tapi kini jabatan yang diberi tanggungjawab untuk menjaga perihal agama Islam, tapi tiba-tiba bersekongkol dengan Umno untuk menghalang tazkirah diadakan dengan alasan tiada tauliah.

Dipetik dari Harakahdaily, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad telah didakwa JAIS dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberi tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari badan itu.

Tindakan songsang pihak JAIS itu dikecam oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sambil menyifatkan apa yang dibuat oleh JAIS itu adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

“Jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama (JAIS) untuk menyusahkan perkembangan agama,” kata Asri.

Sebelum ini, Asri juga turut menjadi mangsa JAIS apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa JAIS ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Manakala Khalid pula dipanggil ke pejabat JAIS Shah Alam kelmarin dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari JAIS ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

“..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

“Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama,” tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan JAIS ini seumpama arahan Nabi s.a.w “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa menjaga agama.

“Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua,” tulis beliau.
Dikuasakan oleh Blogger.