Header Ads

Jika bukan kerana British, dah tentu Dr Burhanudin Helmy jadi PM pertama

WarkahDaily – Jelas sekali, kerana bantuan British, pemimpin Umno diangkat dan ‘diamanah’ jaga Malaysia.

Jika tiada campurtangan itu, dah tentu lain jadinya di tampuk pemerintahan. Tak mustahil, zaman ini Umno bukan parti pemerintah. Siapa berani sanggah!

Betul apa yang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu nyatakan, jika diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama.

“Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” kata Mohamad Sabu yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket” seperti yang dipetik dari Malaysiakini.

Pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri begitu kuat ketika itu, tegas Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan menyebabkan British bertindak mengharamkan pertubuhan yang mereka sertai dan mereka ini diburu dan ditangkap oleh British bagi menghalang pengaruh mereka semakin besar.

Sudah tentu British akan mencari inisiatif lain untuk meredakan keadaan dan kebetulan Umno ‘pandai’ ambil peluang untuk berbaik dengan British. Itulah sebabnya British mengiktiraf Umno dan dianggap berhaluan kanan (penyokong British). Itulah sebabnya puak-puak Umno marah sangat bila Mat sabu cakap Mat Indera adalah pejuang sebenar kemerdekaan.

Isu ini bangkit mungkin akibat rakyat Malaysia sudah merasa meluat dengan perayaan kemerdekaan yang saban hari disambut dilihat seolah-olah menjadi ‘perayaan Umno’. Padahal ada lagi tokoh-tokoh lain yang tiada kena-mengena dengan Umno lebih layak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.

“Ini Umno saja raya,” kata Mat Sabu dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur kelmarin.

Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dikuasakan oleh Blogger.