Header Ads

Kata Malaysia tak dijajah tapi laung merdeka saban tahun sambut merdeka

WarkahDaily – Dakwaan profesor mesra Umno-BN, Prof. Zainal Kling (gambar kanan) daripada Majlis Profesor Negara (MPN) konon ‘Tanah Melayu tidak pernah terjajah, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British’, dilihat semacam ingin berbohong dengan rakyat Malaysia, bahkan mahu menipu para pelajar yang belajar sejarah.

Dah nyanyuk ke saja nak menarik perhatian pemimpin Umno-BN supaya dapat masuk dalam kumpulan ampu Umno-BN sebelum pilihanraya umum ke-13. Kenapa sekarang baru nak bagitau Malaysia tidak dijajah? Kenapa selepas lebih 53 tahun? Selama itu pemimpin Umno menipu rakyat?

Jika benar apa yang didakwa Zainal Kling, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka ketika hari merdeka? Dan kenapa pula saban tahun kerajaan sanggup berhabis duit rakyat semata-mata mahu menyambut hari kemerdekaan? Apakah ianya pembohongan atau permainan sarkas oleh badut-badut Umno-BN terhadap tuan-tuan mereka?

“Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka?

“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?,” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad seperti yang dipetik dari Harakahdaily.

Dakwaan Zainal Kling itu timbul selepas kontroversi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sebenar. Dakwaan itu menimbulkan kemarahan puak-puak Umno yang selama ini menyangka mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar, padahal sekadar ‘anak angkat’ British yang diberi bantuan di sebalik tangkapan kumpulan berhaluan kiri sebagai pejuang sebenar kemerdekaan oleh British.

Mungkin untuk menyelamat keadaan, Zainal Kling cuba menjadi hero tetapi ternampak kebodohannya apabila membuat dakwaan yang tidak masuk akal bagi budak tadika dan budak sekolah rendah pun, tambah lagi orang dewasa dan cerdik pandai.

Kat mana Zainal tu belajar ye, sampai tahap itu pemikirannya? Kalau cam itu tahap pemikirannya, malu la sikit nak ngaku diri itu profesor.

Dakwaan Zainal, kata Ustaz Idris (gambar kiri), Umno selama ini menipu rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli Umno sendiri konon Umnolah pejuang kemerdekaan.

Apa tidaknya, kata beliau setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin Umno menipu rakyat seolah-olah perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946.

Menurutnya, sekarang mereka biarkan orang suruhan mereka yang konon bergelar profesor untuk menjadi penangkis Umno.

Dikuasakan oleh Blogger.