Header Ads

Kejohanan AFF 2011 bawah-19: Malaysia layak ke separuh akhir

Skuad muda negara, Harimau Muda B berjaya mencapai sasaran apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun di Yangon, Myanmar.


Skuad negara bawah 19 tahun muncul naib juara kumpulan selepas membelasah Filipina 6-0 di Pusat Latihan Remaja, Yangon kelmarin. | foto AFF
Malaysia menempah tiket ke separuh akhir setelah muncul naib juara Kumpulan A dengan membelasah Filipina 6-0 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan di Pusat Latihan Remaja, Yangon kelmarin.

Pada aksi separuh akhir hari ini, skuad negara kendalian Ismail Ibrahim akan menentang Vietnam, manakala Thailand dijadualkan bertemu Myanmar.

Ismail berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya apabila menepati sasaran ke peringkat separuh akhir pada kejohanan kali ini.

“Para pemain sudah belajar daripada kesilapan ketika kalah kepada Thailand dalam perlawanan kumpulan dan kini lebih berazam untuk meningkatkan prestasi menentang Vietnam pada saingan separuh akhir,” kata Ismail.

Dikuasakan oleh Blogger.