Header Ads

Kejohanan AFF 2011 bawah 19: Malaysia tewas di separuh akhir

Hasrat pasukan Harimau Muda B melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Bawah 19 di Rangon, Myanmar terbantut selepas dikecewakan Vietnam, 2-1 semalam.

Namun begitu, anak didik Ismail Ibrahim berjuang sehingga ke wisel penamat apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada babak pertama sebelum kelekaan pemain pertahanan negara dihukum pemain Vietnam untuk gol kemenangan Vietnam 2-1 untuk menempah slot ke final berdepan Thailand, esok.

Pada penentuan tempat ketiga, Malaysia dijadual berentap dengan pasukan tuan rumah, Myanmar sebelum Thailand dan Vietnam turun ke gelanggang beradu kekuatan untuk menentukan kejuaraan edisi tahun ini.

Pada saingan peringkat kumpulan, pemain negara menduduki tempat kedua di belakang Thailand dengan mencatat dua menang dan satau seri dan satu kalah bagi mengumpul tujuh mata secara keseluruhan.

Paling membanggakan, mereka berjaya menggegar jaring lawan sebanyak 12 gol, dan hanya melepaskan satu gol termasuk kejayaan membelasah Filipina, 6-0 pada aksi terakhir kumpulan.
Dikuasakan oleh Blogger.