Header Ads

Keputusan penuh Piala Malaysia 13 September 2011


WarkahDaily - Saingan Piala Malaysia 2011 awal malam tadi dilihat semakin sengit apabila ruang masih lagi terbuka untuk semua pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan pilihan,Terengganu terpaksa akur dengan N. Sembilan dengan benteng pertahanan yang kental dengan kekalahan pertama 0-1 di Paroi.

Selangor masih lagi terumbang-ambing apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur di Selayang.

Juara bertahan, Kelantan akan berhadapan Felda United pada Rabu (hari ini) dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan. Kelantan dilihat tidak berhadapan masalah mengutip tiga mata, namun bukan mustahil buat Felda Utd. untuk menghalang The Red Warriors membawa bekalan selesa ke pusingan seterusnya.

Berikut adalah keputusan penuh Piala Malaysia (13 September 2011):


Kumpulan A
Perak 2 - 1 Kedah
Johor 1 - 3 Sabah






Kumpulan B
N. Sembilan 1 - 0 Terengganu
PKNS FC 1 - 0 Sime Darby FC







Kumpulan C
Sarawak 0 - 1 Johor FC
Felda United vs Kelantan


(Perlawanan bermula pada 14 Sept.)




Kumpulan D
Kuala Lumpur 0 - 0 Selangor
T-Team 4 - 0 PDRM







Dikuasakan oleh Blogger.