Header Ads

Kerajaan BN Pahang ‘nazak’ duit nak bayar tuntutan RM70 juta syarikat balak

WarkahDaily – Dakwa kerajaan BN pandai memerintah, negeri akan maju bila diperintah kerajaan BN, tapi syarikat balak mintak tuntutan bayaran saman tak mampu bayar pulak sehingga faedah (bunga) lapan peratus setahun semakin naik.

Sengaja dibiarkan riba bertambah-tambah. Asalnya dari RM37.1 juta, jumlah bayaran itu kini meningkat kepada lebih RM70 juta. Macam orang bodoh pun ada. Nak tunggu banyak baru nak bayar? Para pemimpin Umno-BN Pahang bukannya heran sangat sebab nanti yang terpaksa menanggungnya ialah rakyat. Bukan duit poket dia orang yang keluarkan, tapi wang rakyat juga jadi mangsa.

Laporan Sinar Harian menyebut, Sikap membisu Kerajaan Negeri terhadap tuntutan berhubung perintah kehakiman berjumlah lebih RM63 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuantan pada April 2009, sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Berhad mendesak defendan kedua, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertanggungjawab melunaskan bayaran tersebut.

Surat tuntutan itu diserahkan Pengurus Syarikat terbabit, Lee Sin, 59 kepada Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Paiz Kamaruzzaman di pejabat agensi itu di Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, semalam.

Bagaimanapun surat tersebut diterima wakil pengarah, Ibrahim Ali memandangkan Mohd Paiz tiada di pejabatnya.

Mengulas tindakan itu, Lee Sin berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri sebaliknya beberapa tindakan akan diambil bagi mendesak semua defendan menjelaskan bayaran tersebut yang tertangguh hampir lima tahun.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya membuat tuntutan kepada Kerajaan Negeri selaku defendan pertama supaya menjelaskan bayaran seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

“Pihak berkenaan tidak memberi maklum balas sedangkan segala peluang untuk membuat rayuan berhubung perkara itu di mahkamah sudah habis.

“Sikap mereka yang terus membisu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya jumlah faedah terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata, bayaran itu bagaimanapun tidak termasuk kos faedah lapan peratus setahun yang terpaksa dibayar defendan.

Menurutnya, daripada RM37.1 juta, jumlah bayaran itu kini meningkat kepada lebih RM70 juta.

“Sekiranya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga tidak memberi sebarang maklum balas, kami akan memberi tekanan kepada semua defendan dengan datang ke pejabat mereka setiap minggu bagi menuntut bayaran tersebut.

“Bagaimanapun kita akan membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum datang ke pejabat mereka bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.