Header Ads

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dituduh terima sogokan RM4,000

WarkahDaily‘Harapkan pagar, pagar makan padi’. Itulah istilah yang layak diletakkan terhadap seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras kegiatan jenayah yang bersabit dengan najis dadah tapi turut bersubahat sama dengan kegiatan berkenaan.

Patutlah sampai sekarang, kegiatan penagihan dan pengedaran dadah bukan nak berkurangan, tapi semakin berleluasa. Padahal, saban hari ada je laporan di dada akhbar berkaitan tangkapan berkaitan kes dadah. Tapi kenapa masih lagi berleluasa?

Jawapannya, inilah antara sebab yang boleh kita nyatakan apabila dilaporkan seorang pegawai tinggi polis yang mengawasi berkaitan dadah (narkotik) telah dihadapkan ke muka pengadilan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menerima sogokan RM4,000 bagi meringankan kesalahan seorang lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah pada 26 November tahun lalu.

Dipetik dari Harian Metro, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Asisten Superintendan Azmi Abdullah, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh didakwa menerima suapan daripada Ng Zho Wei sebagai dorongan menukar kesalahan lebih ringan ke atas Mong Lin Chi yang ditangkap kerana memiliki satu tiub straw berisi dadah jenis ketamin di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta menukar ujian saringan air kencing yang positif dadah kepada negatif di bawah seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Dia dituduh melakukannya di pejabatnya di Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Serdang, Lorong LP 2A/1, Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri kembangan pada jam 7.05 malam.

Apa nak jadi la dengan negara kita ni. Orang yang perlu jaga keamanan pun dah tak boleh lagi dipercayai untuk jalankan amanah jaga keamanan.

Tapi kalau bab jaga orang politik, lambat suruh je, siap tangkap, masuk lokap, bantai dengan cota, sembur air kimia dan macam-macam. Cepat je tindakan mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.