Header Ads

Lelaki 50-an dicekup selepas cabul isteri saudara sendiri

TELUK INTAN: Tindakan seorang lelaki berusia 50-an di sini, mengundang padah apabila berjaya dicekup pihak polis di rumahnya setelah dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita yang juga jirannya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, lelaki itu dikatakan mempunyai pertalian saudara dengan suami wanita terbabit dan ditahan Sabtu lalu di rumahnya di Kampung Sc Belt, Jalan Kampar, Labu Kubong, di sini.

Menurutnya, atas maklumat orang awam, lelaki itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Balai Polis Labu Kubong.

“Lelaki ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (IPD) untuk membantu siasatan polis.

“Pemeriksaan awal mendapati, lelaki ini masih belum berkahwin selain turut mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan selama 18 bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan pada 2004,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di IPD Hilir Perak, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, kini lelaki terbabit ditahan reman dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pada 13 September lalu, Sinar Harian menyiarkan seorang suri rumah menjadi mangsa cabul yang dipercayai dilakukan oleh jirannya dalam kejadian pada pagi 10 September yang lalu.

Ketika kejadian mangsa berumur 45 tahun seorang diri di rumahnya sedang membasuh pakaian di bilik air di rumahnya sebelum suspek masuk ke dalam rumah suri rumah itu.

Mangsa yang tidak menyedari kehadiran suspek, telah memeluk wanita terbabit dari arah belakang sebelum meraba payudara dan bahagian badan mangsa.

Kok Liang berkata, terkejut dengan tindakan itu, mangsa menjerit dan menyebabkan jiran sebelah datang membantu wanita itu manakala lelaki terbabit melarikan diri.

“Menerusi laporan yang dibuat oleh mangsa, dia dikatakan mengenali lelaki ini yang juga jiran berhampiran dengan rumahnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.