Header Ads

Logo MAS dan AirAsia pada jersi pasukan bola sepak Liga Inggeris

WarkahDaily – Dua logo jenama besar Malaysia bakal disematkan pada jersi pasukan kelab Liga EPL, Queens Park Rangers selepas masing-masing mengumumkan penajaan itu hari ini.

Menurut perjanjian, logo syarikat penerbangan MAS akan dipaparkan pada jersi utama tuan rumah QPR selama dua musim. Manakala logo syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pula akan dipaparkan pada jersi kedua dan ketiga QPR ketika perlawanan di gelanggang lawan.

Penajaan bersama kedua-dua syarikat penerbangan dari Malaysia itu dilakukan buat pertama kalinya selepas kontroversi pertukaran saham bagi kedua-dua syarikat berkenaan sebelum ini.

Menurut wakil dari AirAsia, Kathleen Tan mengganggap penajaan bersama kedua-dua syarikat itu amat bermakna buat MAS dan AirAsia.

Ketua Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof amat teruja dengan perjanjian tajaan berkenaan dan berharap ia akan menaikkan imej korporat MAS di mata dunia di samping memberi peluang kelab QPR meningkatkan mutu permainan.

Turut hadir ialah Ketua Eksekutif QPR, Philip Beard yang mengalu-alukan penajaan MAS dan AirAsia itu.

Buat pertama kalinya dalam aksi QPR malam ini menentang Newcastle United di Loftus Road, mereka akan memakai jersi rekaan baru tertera logo MAS.
Dikuasakan oleh Blogger.