Header Ads

Malaysia tidak dijajah, bermakna Umno bukan pejuang kemerdekaan, Mahathir ada berani?

WarkahDaily – Senang cerita, kalau mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (gambar) turut setuju dengan dakwaan Datuk Zainal Kling bahawa konon Malaya tidak pernah dijajah oleh British, Mahathir dicabar untuk mengaku Umno bukan pejuang kemerdekaan seperti mana yang dibohongi selama ini setiap tahun ketika sambut hari kemerdekaan.

Ye la, kalau tak dijajah, bermakna tiadalah merdeka. Istilah merdeka hanya bagi negara yang pernah dijajah. Budak sekolah pun reti benda-benda tu semua. Jika tidak, buku sejarah di sekolah tu tidak lain sekadar cerita ‘dongeng’ semata-mata.

Yang aku pelik, alangkah bodoh dan bahlulnya kerajaan Malaysia (kerajaan BN) yang saban tahun duk sambut hari kemerdekaan selama ini. Sampai terkinjal-kinjal mintak rakyat duk kibar jalur gemilang konon menghayati erti kemerdekaan.

Lepas tu sanggup pulak perabis duit buat perbarisan, persembahan dan perarakan hari kemerdekaan di seluruh negara. Semua tu bukan percuma bro. Yang untung hanyalah yang dapat tender program berkenaan. Kalau tak dijajah, nak buat apa lagi sambut kemerdekaan?

Pulak tu, ada pulak duk laungkan ‘merdeka’ dalam program sekolah, jabatan kerajaan dan sebagainya. Kat televisyen, usah sebut ler, berulang-ulang kali duk tayang filem lama Tunku Abdul Rahman duk laung ‘merdeka’. Kalau Zainal Kling dan Mahathir kata Malaysia tak dijajah, bermakna mereka ini juga turut mendakwa Tunku ‘berlakon’ laungkan merdeka pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tu.

Kelmarin dipetik dari Harakahdaily, Dewan Pemuda PAS Pusat telah mencabar Mahathir untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan kerana Mahathir turut senada dengan Zainal Kling konon Malaysia tidak pernah dijajah.

Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.

“Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

“Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain,” soal Riduan dalam satu kenyataan.
Dikuasakan oleh Blogger.