Header Ads

Merah Kuning merudum: K. Devan letak jawatan jurulatih

WarkahDaily – K. Devan disahkan meletak jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Merah Kuning selepas dilaporkan telah menyerah surat perletakan jawatannya itu kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kelmarin.

Devan (gambar) dilihat terpaksa mengundur diri kerana berhadapan tekanan daripada penyokong fanatik Selangor yang sudah mula resah dengan prestasi terumbang-ambing skuad Merah Kuning itu dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Selangor yang beraksi dalam kumpulan D bersama-sama Kuala Lumpur, T-Team dan PDRM dilihat beraksi tidak memberangsangkan apabila kalah dua kali dengan pasukan berstatus kelab, T-Team, seri tanpa jaringan tetangga, Kuala Lumpur dan menang tipis dengan PDRM.

Keadaan itu memberi tekanan kepada K. Devan untuk meletak jawatan selepas pernah menyatakan berbuat demikian selepas pasukan kendaliannya tumpas kepada T-Team 1-2 di laman sendiri, baru-baru ini.

Pengunduran k. Devan itu turut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Amin dalam satu sidang akhbar tergempar di Shah Alam petang semalam.

Tugas k. Devan kini diambil alih oleh penolongnya, P. Maniam bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan skuad Merah Kuning dalam kancah saingan Piala Malaysia musim ini.
Dikuasakan oleh Blogger.