Header Ads

Padang tiruan langsung tidak beri manfaat buat Singapura selepas tewas 0-2 kepada Iraq

WarkahDaily - Kelebihan padang tiruan ‘sintetik’ yang dipunyai Singapura akhirnya makan diri apabila mereka tewas kepada negara teluk, Iraq 0-2 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia zon Asia dalam aksi penuh tegang di Stadium Jalan Besar, Singapura kelmarin.


Dua gol babak kedua memberikan Iraq menang 2-0 ke atas Singapura dalam kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga di Stadium Jalan Besar kelmarin. | foto Reuters
Semua orang bercakap, Singapura hanya handal di padang sintetik kerana mereka hanya ada padang tiruan berkenaan. Tapi di padang rumput sebenar, mereka kelihatan kurang menyerlah.

Dakwaan itu turut mendapat perhatian buat jurulatih baru Iraq, Zico yang turut mengkritik padang tiruan di Stadium Jalan Besar itu. Zico menegaskan, padang sintetik tidak sesuai untuk kejohanan besar seperti kelayakan Piala dunia itu.

Namun, nyata padang tiruan itu sedikit pun tidak meluntur kehebatan pasukan negara teluk untuk membenam Singapura dengan 2-0 walaupun Singapura dikatakan begitu serasi dengan padang berkenaan.

Iraq memberikan tekanan ke atas Singapura sejak awal perlawanan namun kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Serangan bertali arus Iraq membuahkan hasil pada minit ke-49 menerusi Ala'a Abdulzehra, disusuli jaringan mudah Younus Mahmood pada minit ke-85.

Walaupun berjaya membenam ego Singapura 2-0, namun Zico tetap tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana pemainnya banyak melepaskan peluang mencipta lebih banyak gol.

Keputusan tersebut bermakna Singapura tercicir ke tangga terbawah kumpulan sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip mata.
Dikuasakan oleh Blogger.