Header Ads

Pakatan Rakyat mahu bendera Malaysia kekal tapi BN tetap akan ditumbangkan

WarkahDaily – Bendera Malaysia disahkan akan kekal jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.


Bila masa pulak ‘Jalur Gemilang’ ini diubah dengan dimasukkan logo 1Malaysia Najib?
Jaminan itu diberikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang secara peribadi mencadangkan corak bendera Malaysia ditukar jika PR menang dalam PRU-13 nanti.

Namun cadangan Adun DAP melalui Twitternya itu kini dipadam dan beliau meminta maaf secara terbuka di atas ketelanjurannya itu seperti yang dipetik dari Malaysiakini.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...

“Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, kata Datuk Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media.

Namun menurut Tuan Ibrahim, isu utama ialah bukan menukar corak bendera tetapi usaha PR untuk menumbang kerajaan BN yang memerintah negara.

Bendera Malaysia perlu dikekalkan tetapi kerajaan yang memerintah sekarang yang perlu ditukarkan akibat korupsi dan penyalahgunaan kuasa berleluasa berlaku.

Jadi, bagi Tuan Ibrahim, semua pimpinan Pakatan Rakyat haruslah bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” jelas beliau lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.