Header Ads

Panas! Najib bakal 'dicantas'

WarkahDaily – Bukan dari orang lain pun tapi dari dalaman Umno sendiri yang cuba ‘mencantas’ Datuk Seri Najib Razak daripada kerusi nombor satu Umno dan jawatan Perdana Menteri.

Sekarang Najib sudah sememangnya terkenal dengan kontroversi ‘kerajaan Rosmah’, ‘hantu altantunya’ dan ‘skandal scorpene’ yang kini sedang diperhati dunia dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

Mungkin semua skandal yang dipalit pada Najib (gambar) itu dianggap sebagai menyusahkan Umno sebelum PRU-13, maka dalam Umno cuba mengatur agenda seiras apa yang menimpa mantan PM sepenggal, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah).

Pak Lah ‘dijatuhkan’ dengan alasan beliau tersangat lemah dan lembab. Begitu juga Najib yang mungkin dilabelkan dengan title yang sama, Najib lemah dan tidak dapat menyelesaikan masalah negara.

Awal bukan lepas, Umno digemparkan dengan kemelut dalaman yang dahsyat apabila persatuan yang dianggotai bekas wakil rakyat Umno, PENAWAR cuba mendesak Najib untuk meletak jawatan sebagai PM kerana Najib lemah dan gagal menyelesaikan masalah negara termasuk tidak mampu menarik pelabur datang ke Malaysia.

Tut..tut..selang beberapa hari (ntah apa yang Najib sebat depa), PENAWAR menafikan cuba mendesak Najib meletak jawatan PM.


Kemelut Umno semakin panas

Pendedahan Free Malaysia Today (FMT) berkaitan watak penggerak di belakang tabir mendesak Najib meletak jawatan sebagai PM telah memberi satu lagi tekanan buat Umno menjelang PRU-13.

Dilaporkan, saingan Najib dalam Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba diangkat dan mendapat restu mantan Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menggantikan Najib.

Mahathir sebelum ini sanggup keluar Umno semata-mata mahu ‘membalun’ Pak Lah dari luar agar Pak Lah berundur dengan kerjasama Muhyiddin Yasin. Pimpinan Umno tidak mudah lupa tentang peristiwa ini yang menimpa Pak Lah.

Kini ianya dicanang lagi untuk kali kedua. Cuma mangsanya bukan lagi Pak Lah tetapi Najib yang kini dilamun usaha memulih imej peribadi bersama isteri tersayang ke seluruh negara dengan mengharap simpati rakyat.

Muhyiddin cuba mengambil kesempatan kesibukan Najib membaik pulih imej dengan bertemu ketua bahagian seluruh negara termasuk mendapat sokongan negeri-negeri seluruh negara agar gerakan beliau bersama Mahathir tersusun rapi.

Dipetik dari blog Milo Suam, salah seorang ahli PENAWAR yang tidak mahu dikenali berkata, organisasi berkenaan telah mengambil ketetapan dalam mesyuaratnya bahawa sudah tiba masanya Najib melepaskan jawatannya.

“Ianya terpulang kepada Najib, Jika beliau sayangkan negara dan orang-orang Melayu, beliau harus letak jawatan secepat mungkin.

“Jika dia bukan seorang yang pentingkan diri, maka dia harus letak jawatan,” jelas salah seorang ahli PENAWAR seperi dilaporkan oleh FMT.

Muhyiddin semakin berani

Inilah peluang keemasan buat Muhyiddin merasa kerusi empuk sebagai PM ketika Umno masih lagi berkuasa sebelum ianya jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU-13 nanti.

Sudah tentu Muhyiddin akan mengatur kelicikannya untuk ke arah itu.

Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin telah membuat satu pendedahan di laman social Facebooknya berkaitan usaha Muhyiddn menjatuhkan Najib dari jawatan PM.

Muhyiddin dikatakan secara sengaja melantik ahli Umno yang bermasalah dan dipalit amalan rasuah politik sebagai bendahari dan setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, dengan harapan kawasan itu akan dimenangi secara mudah oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU-13 nanti. Dan dengan kata lain, kekalahan mudah itu akan dipersalahkan ke atas Najib dan beliau harus memikul tanggungjawab itu.

Maka sudah tentu ketika itu, imej Najib merudum dan Muhyiddin akan menjelma sebagai penyelamat Umno dengan mendesak Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno-BN dan PM seperti mana yang pernah dihadapi Pak Lah sebelum ini.


Dikuasakan oleh Blogger.