Header Ads

Pekerja swasta bakal nikmati umur bersara antara 60 - 64 tahun

WarkahDaily – Para pekerja swasta bakal mengecapi tempoh bersara pada umur antara 60 hingga 64 tahun selepas ini apabila kerajaan dilaporkan sedang menggubal satu undang-undang baru bagi menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta.

Akta baru yang sedang digubal itu dinamakan undang-undang umur persaraan sektor swasta. Melalui akta berkenaan, seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan khidmat mereka selama empat tahun lagi.

Perubahan itu bermakna usia bersara 55 tahun sebelum ini akan dilanjutkan 5 tahun lagi bagi tempoh mandatori 60 tahun tidak termasuk khidmat dilanjut sehingga 64 tahun jika masih diperlukan.

“Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor seperti yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Jawatankuasa teknikal yang mengkaji rang undang-undang berkenaan telah pun bermesyuarat beberapa kali sebelum ini dan ianya diperingkat persetujuan hampir keseluruhan pihak yang berkepentingan melainkan satu sahaja majikan yang belum lagi membuat pendirian.

Jika perubahan itu menjadi kenyataan ia akan memanfaatkan hampir enam juta pekerja, yang merupakan pencarum KWSP.
Dikuasakan oleh Blogger.