Header Ads

Saya beli rumah ikut harga pasaran - Khir Toyo

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau membeli dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni dengan harga pasaran.

Dr Mohamad Khir, yang memilih memberi keterangan dari kandang saksi, berkata harga belian itu (RM3.5 juta) dipersetujui oleh Shamsuddin sendiri sebelum ataupun semasa kedua-dua mereka menandatangani perjanjian jual beli bagi urusan pembelian rumah itu pada Mei 2007.

Ketika ditanya peguam M.Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir bahawa sebelum ataupun semasa tandatangani perjanjian jual beli, adakah Shamsuddin memberitahu Dr Mohamad Khir harga belian tidak cukup, beliau menjawab: "Tidak pernah".

Beliau turut memberitahu pihaknya tidak mendesak ataupun mempengaruhi pemikiran Shamsuddin bagi membolehkan Shamsuddin bersetuju dengan harga belian RM3.5 juta.

Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sedang berjalan. -Bernama

WarkahDaily - Banyak duit hang Dr Khir. Kalau ya pun hang beli ikut harga pasaran, tapi harga juta-juta ringgit tu memberi keraguan juga la bro!

Mana hang dapat duit sebanyak itu? Kerana jawatan MB Selangor ke? ke ikut teladan 'ratu FLOM' Datin Rosmah yang kumpul duit sejak kecil. Haha...
Dikuasakan oleh Blogger.