Header Ads

Sejarah negara dilacur profesor belaan Umno

Oleh: IbnuSabah

Isu banyak sangat untuk ditulis. Setiap rakyat mempunyai peranan masing-masing dalam membongkarkan segala kebenaran yang masih disembunyikan oleh penguasa elitis politik rakus, bukan sahaja tentang sejarah. Bahkan pentadbiran negara, keadilan, pendidikan, politik rakus, sistem pilihanraya yang rosak, sistem kewarganegaraan yang diperkoasa, harga barangan asas yang melonjak, perlakuan rasuah yang membeban rakyat dan negara dan macam-macam ada!

Sejarah disongsangkan

Meluat dan amat memalukan bila ada golongan bergelar profesor pun tersasul mengulas tentang sebuah sejarah, apalagi diputar belit mengikut nafsu dan emosi berpihak untuk mengesahkan kehendak politik sepihak yang bergelar elitis politik penguasa yang kehilangan kredibilitas.

Sejarah diputar belit dan disongsangkan oleh profesor kangkung untuk mempertahan elitis politik, mencari untung politik rakus dan jahat demi untuk terus berkuasa secara zalim dan memperbodoh rakyat kampung dan rakyat yang masih belum terbuka jiwa, akal dan hati melihat kebenaran.

Ini berpunca bila sejarah dibikin dan ditulis oleh mereka yang berfikiran sumbing, otak yang sumbing, berjiwa sumbing, profesor sumbing dan penulis sejarah berjiwa penjajah.

Patut sekali sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa bebas dan merdeka. Rakyat yang cerdik, berpendidikan dan bertamadun, menulis sendiri sejarah, bukan menulis sejarah mengikut acuan pemikiran penjajah atau mengikut aspirasi watak penjajah yang ada dalam negara ini

Profesor belaan

Awas! sejarah yang sumbing ini akibat ditarah dan tukul ditukangi oleh profesor sejarah berotak sumbing, selamanya sejarah itu akan sumbang, sumbing dan jauh dari fakta yang benar.

Profesor atau sejarawan sebegini tidak akan menguntungkan tamadun ilmu bangsa dan negara. Kerana mereka menulis tidak berpaksi kepada ilmu, kebenaran dan fakta sejarah. Sebaliknya mereka membolak-balikkan fakta mengikut nafsu dan emosi.

Kita bimbang, jika golongan sebegini terus menguasai senario massa dan pemikiran majoriti rakyat, tanpa ada golongan rakyat yang menyanggah dan memperbetulkan pemalsuan atau putar belit fakta sejarah secara berterusan.

Betul! apa yang dinyatakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Mat Sabu, Ustaz Idris Ahmad, YB Azmin dan lain-lain bahawa sambutan Hari Kemerdekaan bertahun-tahun diraikan macam merayakan hari UMNO semata-mata.

Negeri, Negara ditadbir macam pejabat UMNO

Sebagaimana UMNO mentadbir negara, secara songsang membelakangi sistem yang ada dalam kerajaan, misalnya dalam mengagihkan peruntukan kerajaan akan diberikan kepada ketua-ketua bahagian umno bagi kawasan-kawasan parlimen yang tidak dikuasai mereka.

Sepatutnya setiap peruntukan kerajaan yang telah dilulusan oleh Parlimen atau DUN akan disalur kepada kerajaan-kerajaan negeri yang berkuasa di negeri itu atau melalui kementerian-kementerian.

Kemudian kerajaan negeri atau kementerian yang menerima peruntukan itu pula akan menyalurkan mengikut jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan di negeri atau kementerian masing-masing, bukannya melalui mana-mana ketua bahagian parti yang berkuasa.

Sejak umno/BN berkuasa mentadbir negara atau negeri, macam-macam kisah benar berlaku mengenai ada cerita ketua cawangan umno lebih berkuasa menukar guru atau guru besar di sekolah, ada cerita seorang driber menang ketua bahagian, ada kerani penghantar surat boleh pengaruhi menteri atau ketua menteri tukar pegawai tinggi dan macam-macam lagi cerita pelik tapi benar.

Ini bermaksud sistem kerajaan yang baik, menjadi pincang, sumbing dan rosak disebabkan campur tangan politik secara songsang dan TIDAK BERTAMADUN.

Kejadian kesongsangan yang menyalahi sistem, melanggar etika, peratutan dan undang-undang, juga amal tidak beradab dan tidak beradat ini benar-benar menjadi amalan kebiasaan dalam masa pemerintahan dan pentadbiran umno/BN yang begitu lama.

Beruntung Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat

Syukur Alhamdulillah, setelah beberapa negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat, kesongsangan dalam sistem pentadbiran yang telah rosak sebegitu lama oleh umno/BN, dapat diperbetulkan sedikit demi sedikit.

Ada ketelusan dalam pentadbiran, kebajikan rakyat diutamakan. Ekonomi rakyat dan kerajaan dijaga sebaik-baiknya.

Ketakutan tidak bertempat pegawai kerajaan kepada ketua cawangan umno/BN atau mata-mata umno/BN dalam jabatan atau agensi kerajaan semakin hari semakin kurang dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak (dulu sebelum dirampas secara lanun politik) telah berusaha membebaskan pegawai kerajaan dari budaya takut dan diperbodoh oleh golongan politik naif dan berotak lemah. tiada jati diri bangsa yang berjiwa merdeka dan bebas.

Sekadar cetusan rasa penulis untuk difikir-fikirkan seluruh rakyat bangsaku Malaysia yang tercinta.

Sumber: Tranungkite.net
Dikuasakan oleh Blogger.