Header Ads

Selepas empat hari, akhirnya berjaya juga aku usha Cik Nuffnang dapatkan ‘cincin’ Glitterati

WarkahDaily – Kerana tertarik dengan RM10k yang member aku dapat, aku mula memasang niat untuk ‘setia’ dengan Cik Nuffnang walaupun sebelum ini aku pernah ‘berpoligami’ dengan Innity sehingga status ‘Glitterati’ aku tiada. Ketika itu, hampir dua tahun aku mengecap ‘upah’ dari Innity. Boleh la tahan.

Tapi kerana dengar Cik Nuffnang lagi kaya-raya, aku pun kembali usha Cik Nuffnang. Aku memang ‘mata duitan’…huhu. Sebelum ini aku tak berapa mesra dengan Cik Nuffnang walaupun dah lama aku mula ‘bercinta’ dengannya sebab aku lebih lebih mesra dengan ‘kekasih’ baru, Innity. Saja mencuba.

Namun kini, setelah empat hari aku usha Cik Nuffnang, akhirnya Cik Nuffnang tertawan juga dengan aku…petang tadi kot. Tak perasan waktu sebenar sebab pagi tadi nampak macam takdak lagi. Biarlah bila-bila pun, asalkan aku dah dapat ‘cincin pertunangan’ (Glitterati) dari Cik Nuffnang. Yang penting sekarang aku kena jaga hati Cik Nuffnang agar aku dapat ‘punggah’ kekayaan Cik Nuffnang masuk poket aku…hahahaha!!! (tinggi imaginasi ;-) mata duitan aku)

Tak pernah lagi aku duk merasa ‘upah’ dari Cik Nuffnang woo, tu yang teruja tu. Aku nak tengok, berbaloi tak aku ‘stop’ dengan Innity dan mula ‘bercinta’ dengan Cik Nuffnang yang kaya-raya ni. Kalau berbaloi, dah tentu aku akan setia dengan yang satu…hehehe!!!

Sekarang adalah masa aku ‘bermesra-mesra’ kembali dengan Cik Nuffnang demi RM10k…hehehe, boleh ke?

Aku jeles dengan member aku yang dah lama bersama Cik Nuffnang dan berjaya memperolehi pendapatan lumayan. Walaupun buat duit dengan cara berblogging ni merupakan secara sambilan je, tapi ‘alang-alang celup pekasam, biar sampai takat lengan’. Sambil-sambil duk ngadap laptop hari-hari, baiklah dapat ‘upah’ dari langsung tak dapat pape.
Dikuasakan oleh Blogger.