Header Ads

TERKINI [Separuh masa pertama]: Khairul Fahmi cemerlang sekat Jepun kenduri gol

WarkahDaily – Malaysia kini ketinggalan 0-1 dengan Jepun dalam aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Tosu, Jepun. Perlawanan di separuh masa pertama baru sahaja tamat.

Jepun dilihat lebih menguasai perlawanan di hadapan ribuan penonton tuan rumah dengan cubaan bahaya terarah ke pintu gol Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Setakat ini, Khairul Fahmi boleh dinobat pemain terbaik perlawanan atau dengan kata yang lain, sebagai penyelamat daripada Jepun berkenduri gol di separuh masa pertama.

Kelihatan pemain-pemain negara begitu longlai dengan hantaran yang tidak tepat, kawalan bola amat lemah dan kurang keserasian antara pemaian apabila hantaran dibuat.

Kadang-kadang kelihatan beberapa pemain begitu terburu-buru dan gopoh membuat hantaran sehingga begitu mudah disekat pemain Jepun yang sudah tentu mempunyai skill permainan yang jauh lebih bagus daripada Malaysia.

Yang penting, di separuh masa kedua nanti, Malaysia harus mempunyai disiplin yang kuat untuk menjinakkan skuad gergasi Asia itu daripada terus memberi tekanan sehingga boleh membawa padah kepada benteng Malaysia.

Keluarnya Wan Zack Haikal yang dilihat tercedera di minit-minit akhir separuh masa pertama dilihat merencatkan sedikit permainan anak buah Ong Kim Swee walaupun benteng Jepun belum lagi teruji dengan cubaan dari pemain Malaysia.

[UPDATE] TERKINI: Malaysia kalah 0-2 kepada Jepun
Dikuasakan oleh Blogger.