Header Ads

Usah prasangka terhadap Hasan Ali, dia setia dengan PAS

WarkahDaily – Laporan media dan blog upahan Umno konon AJK PAS Pusat yang juga Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan menyertai Umno selepas mendakwa ada pertemuan empat mata antara Hasan Ali dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun semalam Hasan Ali (gambar) dengan tegas menafikan berita fitnah itu sambil menyifatkan ianya sebagai fitnah jahat terhadap dirinya.

Dipetik dari Harakahdaily, Hasan berkata, tiada sebab untuk beliau menyertai Umno yang disifatkannya sedang ‘nazak dan hampir karam’.

“Dalam hati saya hanya ada perjuangan Islam (PAS), bukan Umno.

“Untuk apa saya buat begitu (masuk Umno) sedangkan Umno dalam keadaan nazak, jentera dan kapalnya semua hampir tenggelam,” katanya tegas.

Menurut beliau yang menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat terhadap dirinya, PAS tetap pilihannya kerana beliau yakin dengan perjuangan PAS kerana dasar perjuangan Islam parti itu yang berpandukan berpandukan Al-Quran dan Al-sunah, Ijma' Ulama dan Qias.

“Semenjak cerita bohong ini disebarkan dalam blog dan laman sesawang facebook saya telah menerima 15 panggilan telefon dan 25 SMS megenai hal tersebut.

“Semua buang masa, dan lebih baik saya beri tumpuan dengan kerja pentadbiran kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) untuk pertingkatkan ekonomi negeri Selangor,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Gombak semalam.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Shari Sungib, pimpinan Pakataran Rakyat Selangor dan AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Sementara itu beliau sekali lagi turut menafikan dakwaan bahawa ada berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menyatakan hasrat menyertai Umno.

“Saya harap provokasi murahan yang dilemparkan terhadap saya dapat menenangkan semua rakyat. Yakinlah saya tetap dengan perjuangan PAS dan terus berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat sehingga akhirnya bagi menentang kezaliman Umno BN,” tegasnya.

p/s: Yang dah lama ada dendam ‘keramat’ dengan Hasan Ali tu, usahlah duk adu-domba mahu menyingkir terus Hasan dari kepimpinan PAS Selangor.

Penulis WD pun rasa sedih ada yang mendakwa penyokong PAS yang berani memberi komen, ‘lantak dia (Hasan) la nak sertai Umno pun’…Konon bagi orang tu, Hasan tiada faedah (manfaat) duduk dalam PAS Selangor.

Jangan duk ‘sebat’ orang je, kita tu (yang beri komen) tu, banyak sangat ke manfaat anda untuk PAS dan PR untuk menuju ke Putrajaya selepas PRU-13 nanti?

Setakat duk menulis kat blogger, ada beberapa kerat duk baca hangpa punya artikel tu, jangan dah rasa besar sangat sumbangan anda untuk jamaah. Dan jangan pulak duk perlekeh kerja orang lain yang hanya nampak di mata kasar tapi tidak pula tahu kerja orang di sebalik tabir (yang hangpa tak nampak).

Yang penting, kita kena hormat kerja masing-masing dan jangan duk ganggu orang lain buat kerja konon hanya hangpa je pandai buat, orang lain tak pandai.
Dikuasakan oleh Blogger.