Header Ads

Video dan gambar sekitar kejadian ribut di Terengganu pada 27 Sept

WarkahDaily – Kelmarin, bandar raya Kuala Terengganu dilanda hujan lebat dan ribut yang kuat sekitar jam 9.15 malam ketika perlawanan bola sepak kempen Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dengan Negeri Sembilan sehingga menyebabkan perlawanan tertunda hampir 40 minit.

[Tonton video di bawah posting ini]

Kejadian itu telah menyebabkan banyak kawasan sekitar bandar raya itu terjejas teruk dan mengganggu lalu lintas. Antara kawasan yang terlibat ialah Dataran Shahbandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat dan jeti bot penambang bersebelahan pasar payang serta beberapa lokasi yang terdedah sekitar bandar.

Kejadian ribut itu turut memusnahkan bumbung pondok jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang yang baru sahaja siap dibina awal tahun ini. Selain itu, berlakunya kerosakan bumbung yang tercabut (terbang) di beberapa kedai di Pasar Besar Kedai Payang, pecahnya cermin pusat beli-belah Astaka, patahnya gerbang Dataran Shahbandar dan khemah peniaga di Dataran Shahbandar dan Medan Selera Tanjung turut roboh selain banyak pokok yang tumbang dah dahan patah ke bahu-bahu jalan raya.

Selain itu, tiang lampu dan lampu hiasan di Pulau Warisan berhampiran Pasar Besar Kedai Payang turut tumbang dan patah.

Walaupun kejadian itu tiada kemalangan jiwa, namun ada beberapa pekerja dan pelanggan kedai yang cedera ringan selepas cuba menyelamatkan diri ketika ribut berlaku.

[Klik gambar untuk paparan yang labih jelas di sekitar kejadian ribut di Kuala Terengganu pada 27 September 2011]























[Video kejadian ribut yang melanda bandar raya Kuala Terengganu]

Dikuasakan oleh Blogger.