Header Ads

Al-Fatihah: Adun Umno Johol meninggal dunia

WarkahDaily – Bacaan Al-Fatihah untuk allahyarham Datuk Roslan Md Yusof yang diberitakan telah meninggal dunia jam 4 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru, menurut laporan Berita Harian Online hari ini.


Allahyarham Roslan (kiri) ketika menerima kunjungan MB, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menziarahi beliau di rumahnya di Kampung Berambai, Johol pada Ogos lalu.
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol bagi Parlimen Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Allahyarham dikhabarkan pernah menjalani rawatan bahagian tulang belakang akibat terjatuh ketika bermain badminton di Dewan Kampung Baru pada 2009 lalu.

Selepas itu, Roslan dilaporkan mengalami masalah saraf pada bahagian kaki dan mengambil cuti untuk tempoh yang agak lama di samping menjalani fisioterapi dan rawatan susulan selepas setahun menjalani pembedahan tulang belakang.

Ketika itu, ada khabar angin menyatakan beliau meletak jawatan sebagai Adun namun ianya dinafikan.

Dalam Pilihanraya Umum (PRU) lalu, Datuk Roslan dari Umno telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 2,359 undi.

Namun kekosongan kerusinya itu tidak menyebabkan berlaku pilihanraya kecil kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun mengumumkan sebelum ini, penggal Dun sudah memasuki tempoh dua pertiga dan tiada lagi pilihanraya kecil akan berlaku sehingga PRU diadakan.

Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham.
Dikuasakan oleh Blogger.