Header Ads

Anak Tun Khalil Yaakob meninggal dunia

WarkahDaily – Anak sulung Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang, pagi semalam

Mohammad Raznam, 46, seorang ahli perniagaan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada jam 10.40 pagi, beritahu Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nooraini Baba.

Dilaporkan jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Diraja di Shahbandar, Pekan, Pahang pada 4 petang semalam.

Turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Tengku Noor Marina Tengku Adanan, 36, dan seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.
Dikuasakan oleh Blogger.