Header Ads

Ancelotti intai peluang ganti Arsene Wenger

WarkahDaily – Bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti kini berkira-kira mahu kembali ke England sebagai jurulatih.

Beliau membayangkan akan mengambil tempat Arsene Wenger di Arsenal atau pun mengambil alih kerusi panas yang bakal ditinggalkan Fabio Capello apabila mengundurkan diri sebagai jurulatih England pada musim panas depan.

Namun kelihatan Ancelotti lebih berminat untuk bekerja di Arsenal yang kini berada dalam keadaan goyah di bawah Wenger yang mungkin kelab itu akan mencari penggantinya.

“Sudah terbukti kedudukan Wenger kini goyah. Saya tidak menolak jika kelab itu mahukan saya menggantinya.

Arsenal kini beraksi hambar selepas empat kali kalah dalam tujuh perlawanan di bawah Wenger sehingga baru-baru ini pengedali dari Perancis itu sudah mengaku kalah dalam menyaingi kejuaraan liga musim ini.

Selain Arsenal, Ancelotti turut berminat dengan nama-nama pasukan yang hebat seperti Tottenham atau pun Liverpool.

“Saya ingin tinggal di England. Bagi bidang kejurulatihan, ini adalah satu-satunya negara yang ideal. Tetapi saya hanya mempertimbangkan kelab-kelab hebat seperti Tottenham dan Liverpool,” kata Ancelotti.
Dikuasakan oleh Blogger.