Header Ads

Apple lancar 1OS 5 dengan lebih 200 ciri penyokong pelbagai aplikasi

Sistem operasi terbaru Apple, iOS 5 kini sudah dilancarkan kepada umum.

iOS 5 menyediakan lebih dari 200 ciri dan menyokong aplikasi baru seperti iMessage untuk pengiriman mesej sesama pengguna iOS, sistem operasi itu juga bersesuaian dengan sistem operasi untuk iPhone 3GS, iPhone 4 , iPhone 4s, iPad, iPad dan juga iPod Touch.

Di samping iOS 5, Apple juga membuka laman terbaru ‘iCloud’ yang menjadi penyimpanan data terbaru untuk pengguna Apple kerana ia membolehkan pengguna menyimpan dokumen, email dan foto.

Peranti iOS 5 itu juga dapat diguna pakai oleh peranti lain seperti laptop Mac
Dikuasakan oleh Blogger.