Header Ads

Arsenal vs Spurs: Adebayor bakal jadi tumpuan malam ini

WarkahDaily – Pasukan kendalian Arsene Wenger akan berhadapan dengan jirannya, Tottenham Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini sambil bekas pemainnya, Emmanuel Adebayor (gambar) bakal jadi tumpuan buat penyokong Arsenal.

Perlawanan jiran tetangga dari utara London itu akan diadakan di White Hart Lane yang merupakan venue utama kelab Tottenham Hotspur.

Sudah semestinya perlawanan ini menjanjikan permainan menarik antara kedua-dua pasukan dan yang pasti, tumpuan pasti terarah kepada kelibat bekas penyerang The Gunners, Emmanuel Adebayor kerana pernah terbabit kontroversi ‘mempersenda’ penyokong Arsenal ketika menjaringkan gol ketika bersama Man City tahun lepas.

Adebayor dijangka menerima cacian daripada penonton Arsenal walaupun Arsene Wenger pernah meminta penonton Arsenal tidak berkelakuan sedemikian di Spurs.

Namun, perlawanan tertumpu kepada kemampuan Arsenal mendapatkan tiga mata penuh selepas permainan hambar untuk beberapa perlawanan liga sebelum ini. Spurs juga mungkin bakal memalukan The Gunners di laman sendiri.

Rekod perlawanan sebelum ini, Arsenal dilihat lebih menyerlah apabila menangi 62 perlawanan dalam 153 rekod pertemuan kedua-dua pasukan.

Arsenal yang mempertaruhkan Robin Van Persie merobek kubu Spurs pasti akan diberi perhatian sambil Spurs tidak ketinggalan menaruh harapan terhadap kelibat Ledley King bagi merobek kubu pelawat.
Dikuasakan oleh Blogger.